Dewan ini telah mula beroperasi sejak tahun 2019 dan mempunyai keluasan sebesar 7,101.6 kaki persegi untuk berfungsi sebagai sebuah dewan serbaguna. Dengan lokasinya yang strategik disamping kadar sewaan yang kompetitif, setakat hari ini dewan ini
telah digunakan untuk lebih 100 program di antaranya termasuklah Seminar, Majlis Minum Petang, Makan Malam, Majlis Graduasi,
Program Motivasi, Kursus Jangka Pendek, Kursus Kemahiran, Majlis Akad Nikah, Majlis Perkahwinan dan juga Majlis Aqiqah.